Monday, October 18, 2010

isu penafian isma tentang program di mansurah

Ustaz Shuhaib Ar-rumy Selamat   

Saya ingin menafikan penglibatan ISMA cawangan Mesir (ISMA-Mesir) dalam program seperti mana yang dinyatakan di dalam laporan akhbar internet oleh Harakahdaily pada tarikh 17 Oktober 2010 di Mansura, Mesir.

 ISMA-Mesir langsung tidak terlibat dengan program tersebut. Saya turut melahirkan rasa kesal atas penyiaran berita yang tidak bertanggungjawab ini. Saya juga ingin mempersoalkan motif Harakahdaily yang seolah-olah sengaja mengaitkan ISMA dengan parti politik Umno.

Berita tersebut telah menimbulkan prasangka negatif terhadap ISMA-Mesir yang merupakan salah sebuah pertubuhan bukan politik dan berdaftar dengan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah dan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah. Aktiviti dan progam anjuran ISMA-Mesir adalah berorientasikan kecemerlangan akademik dan kebajikan pelajar serta pembinaan syakhsiah.

Oleh itu, saya meminta pihak editorial Harakahdaily untuk membuat pembetulan berita tersebut tanpa mengaitkan nama ISMA secara serta merta dan mengeluarkan kenyataan maaf atas kesalahan yang sepatutnya tidak berlaku ini. Saya berharap agar perkara seperti ini tidak lagi berulang. Semoga etika kewartawanan yang berpaksikan sumber berita yang sahih menjadi amalan kita semua.

Ustaz Shuhaib Ar-rumy Selamat
Pengerusi ISMA-Mesir

sumber : http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29084:isma-mesir-nafi-anjur-taklimat-biasiswa&catid=27:surat-pembaca&Itemid=46

petikan dari berita  HARAKAH DAILY berkenaan majlis peneranagan biasiswa di mansurah.


Taklimat biasiswa jadi majlis kelab Umno
Harakahdaily

MANSURAH (Mesir), 17 Okt: Taklimat biasiswa yang
diadakan oleh Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) di Dewan
Handousa, Kuliah Perubatan, Universiti Mansurah, semalam telah bertukar
menjadi taklimat penerangan mengenai kelab Umno.

Majlis yang berlangung pada pukul 3 hingga 5 petang itu telah
dihadiri oleh kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi kuliah sains kesihatan,
Universiti Mansurah sehingga dewan besar itu melimpah.

Penceramah jemputan yang juga mewakili Jabatan Penuntut Malaysia
Kaherah, Khairy Jalaluddin telah mengedarkan borang kelab Umno yang juga
tertera lambang Umno kepada seluruh hadirin.
“Kalau hendak biasiswa, kamu kena isi borang Umno dulu,” begitulah antara intipati ucapan daripada penceramah jemputan.

Majlis yang sepatutnya banyak membicarakan tentang biasiswa diubah
formatnya kepada lebih membicarakan tentang Umno dan juga ISMA.
Bagi hadirin, majlis itu adalah satu pengkhianatan dan penipuan kepada mahasiswa.

“Kami sepatutnya diberikan taklimat mengenai biasiswa sebaliknya
diperbodohkan dengan taklimat lain,” ujar salah seorang hadirin.
Dalam masa yang sama, majlis itu juga tidak dimaklumkan awal sebaliknya dihebahkan pada hari ia dilangsungkan.

Kesemua mahasiswa dimaklumkan mengenai perkara ini secara
tergesa-gesa dan juga diingatkan untuk membawa salinan keputusan SPM
sebagai langkah untuk mengisi borang biasiswa.

“Adakah pengedaran borang Kelab Umno termasuk dalam tugasan JPMK.
Kalau begitu JPMK sebenarnya telah membawa agenda politik dalam jabatan
mereka dan perkara ini adalah sama sekali salah dalam amanah yang telah
diberikan kepada mereka,” kata seorang pelajar senior Mansurah

Pun begitu, majlis itu tidak diketahui siapakah penganjurnya dan perjalanannya sangat berterabur.

Penceramah jemputan dalam masa sama juga adalah seorang pengerusi majlis dan juga pengedar borang Kelab Umno.
Menurut seorang hadirin lagi, siapa yang menjemput Khairy dan
siapakah yang merancang kehadirannya untuk majlis itu masih tidak
diketahui

ulasan penulis : 

assalamualaikum...

saya terasa terpanggil untuk memberi sedikit respond ataupun ulasan berkenaan isu ini.. kerana dari apa yang saya baca dan faham dari artikel berita yang ditulis oleh wartawan harakah daily.. tiada satu pun perkataan yang mengatakan atau mengisytiharkan bahawa ISMA merupakan penganjur atau terlibat dalam majlis di Mansurah tersebut. Bahkan penulis berita menyatakan bahawa tidak diketahui siapakah yang menganjurkan majlis tersebut.

yang terdpat dalam berita itu hanya mengatakan bahawa ust Khairi Jalaluddin tidak banyak memperkatakan tentang biasiswa malahan lebih banyak mengatakan tentang kelab UMNO dan ISMA. Jadi menurut pemahaman saya, apa yang di sampaikan oleh wartawan harakah ialah berkenaan ucapan dari ustaz Khairi Jalaluddin dan bukan lah mengatakan ISMA sebagai penganjur.

Jadi kesimpulan yang saya boleh nyatakan ialah, ISMA seperti orang yang makan cili kemudian terasa pedasnya sendiri. Kerana walaupun dalam berita tersebut tidak dinyatakan siapa penganjurnya, ISMA seolah2 merasa bahawa wartawan harakah itu menujukan kepadanya, walaupun ianya tidak sedemikian. Jadi bagi saya pengisytiharan ataupun penafian ini tidak perlu sebenarnya kerana wartawan tidak langsung mengaitkan ISMA sebagai penganjur. CUMA isma sahaja yang terasa pedas dek cili yang diberi oleh warwatan.

sekian dari saya PEMERHATI.

wassalam...

2 comments:

  1. pengomen ini siapa ya.. tak dak nama, kata2 qil,
    mula2 ucap salam sejahtera selepas itu menyakitkan hati ahli2 ISMA..

    tak payahlah sembunyikan niat wartawan tu pulak.. sekilas ikan di air sudah difahami tulisan wartawan itu sedang membuat provokasi politik murahan.

    kemudian statemen itu disambut oleh Ust Idris pula dalam facebooknya.

    Baguslah... apapun isu ini berjaya membuka mata masyarakat tentang kewujudan ISMA di Mesir..

    Saya dah dengar makin ramai ibu bapa di Malaysia menasihatkan anak-anak mereka jika pergi Mesir supaya ikut ISMA.. kerana setakat ini ISMA tidak pernah menulis dalam tulisan mereka memburuk-burukkan PMRAM.

    kerana itulah nasihat Presiden ISMA Malaysia.

    http://ustabdullahzaik.wordpress.com/2010/10/13/kenapa-habil-bunuh-qabil/

    http://renungan2u.wordpress.com/

    ReplyDelete
  2. huhu.. ade yg termakan cili agaknya.. xmengapa lah, saya hanya mengulas apa yang saya faham dari apa yang tertulis di dalam artikel kedua2 belah pihak.. kita xkan nampak niat hati seseorang. selagi benda itu tidak nyata dan jelas selagi itu kita xboleh buat andaian yang negatif.. saudari perlu tabayun terlebih dahulu.. kenapa tidak bertanya kepada pelajar2 yang hadir, apa yang dikatakan oleh penceramah pada majlis tersebut?? saya rase pihak penbulis tidak pernah mengatakan ISMA terlibat,cume dia mengatakan penceramah ada mengatakan tentang ISMA.

    berkenaan mak ayah suruh anak masuk isma masa datang ke mesir, itu terpulang lah kepada hak individu.. tiada paksaan dalam agama.. :)

    peace no harm..

    ReplyDelete