Wednesday, October 20, 2010

isu surat sokongan JPMK terhadap AC

Kenyataan Rasmi Pengeusi DPMT Mengenai Isu Surat Rasmi JPMK kepada Medic Mesir

DPMT, 20 Oktober 2010 - Assalamualaikum... Makluman kepada seluruh warga Tanta yang dirahmati Allah S.W.T hendaknya. Pihak DPMT dengan penuh rasa bertanggungjawab ingin menyentuh mengenai isu surat yang dikeluarkan oleh pihak JPMK kepada Agen Medic Mesir iaitu surat sokongan dan kebenaran menubuhkan Academic Centre ( AC) di Tanta yang tersiar di tantamedicmesir.blogspot.com.
Rentetan daripada surat yang dikeluarkan itu, kami menyedari terdapat beberapa kesalahan dan keraguan yang boleh dipertikaikan mengenai surat yang telah dikeluarkan oleh pihak JPMK kepada pihak Agen Medic Mesir itu.

Dengan ini, saya MOHD SULAIMAN BIN ISMAIL selaku Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) bersama saudara AZHAN BIN HAMDAN selaku Pengerusi Perubatan cawangan Tanta (PCT) telah mengadakan perjumpaan secara rasmi dengan Encik Shaiful Anuar Bin Mohammad yang merupakan Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) di pejabatnya untuk mendapat penjelasan mengenai kesahihan surat tersebut.

Semasa perjumpaan, saya telah mengemukakan contoh surat yang dikeluarkan oleh pihak JPMK kepada Agen Medic Mesir ini. Hasil penilitiannya, beliau menyatakan bahawa tidak tahu menahu langsung mengenai surat yang dikeluarkan itu. Ujarnya lagi, beliau begitu musykil dengan kesahihan pengeluaran surat tersebut dan akan mendapatkan kepastian dan maklum balas dari pihak JPMK sendiri.

Antara yang kami utarakan dalam pertemuan tersebut,kami menyatakan terdapat beberapa kesalahan dalam surat yang dikeluarkan oleh pihak JPMK. Antaranya, surat tersebut tiada nombor rujukan rasmi, kesalahan tatabahasa dan tandatangan yang tidak bernama akan tetapi menggunakan kepala surat rasmi JPMK sepenuhnya.
Justeru, seharusnya tidak berlaku sama sekali kesalahan tersebut kerana ianya menyalahi protokol surat rasmi jabatan kerajaan dan boleh menimbulkan keraguan terhadap ketelusan dan integriti JPMK ini.

Dengan bukti yang ditimbulkan ini, surat ini dikira tidak sah dan tidak boleh dijadikan sokongan kepada agen Medic Mesir sama sekali kerana terdapat banyak keraguan dan ketidaksahihannya.

Saya berharap dengan kenyataan ini, seluruh ahli di Tanta dari kalangan Pengajian Islam dan Perubatan jelas mengenai status surat ini yang telah dikeluarkan secara rasmi oleh JPMK.

Sekian, terima kasih.

Oleh,
MOHD SULAIMAN BIN ISMAIL,
Pengerusi,
Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta
Sesi 2010

 sumber : http://edpmt.org/v03/modules.php?name=News&file=article&sid=364

 Ulasan dan Tambahan :

   sedikit tambahan dari saya.. persoalan yang timbul di benak fikiran saya apabila kenyataan ini dikluarkan ialah :

 Dalam blog tantamedicmesir.blogspot.com pihak MM ada membuat posting yang bertajuk " Penjelasan 'Academic Centre' MM Tanta. di akhir penjelasan ada disertakan S/K : kepada beberapa orang2 penting, antaranya ialah kepada EN. Shaiful Anuar B Hj Muhammad. selaku kuasa usaha sementara Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK). sekiranya penjelasan tersebut telah di berikan salinan kepada KBMK, mengapa ye?? apabila ditunjuk kan surat itu, EN. SHAIFUL mengatakan ia tidak tahu sama sekali berkenaan surat tersebut. Padahal saudara Sulaiman dan Azhan pergi setelah 4 hari posting itu dibuat oleh puan siti. ???? persoalan yang penuh tanda tanya.. adakah S/K (salinan kepada) itu hanya sebuah penipuan untuk mengelabui mata para pembaca dan juga bertujuan ingin mengguatkan lagi hujah puan siti?? kalau lah ianya satu penipuan, kerana tidak sampai kepada pihak yang dimaksudkan.. berapa ramaikah yang sudah tertipu dengan helah tersebut???

 Bagaimana pula tentang salinan kepada : 1) Y.B. Senator Mejar Jeneral (B) Dato' Jamil Khir Bin Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri 2) Dato' Ir Dr Radin Umar Radin Sohadi Ketua Pengarah, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Agak2 sampai tidak ye kepada mereka ini??? boleh buat edisi siasat ni.. kalau ada sesiapa yang boleh contact mereka ini untuk kepastian bagus juga.. :)


antara lain juga, EN. SHAIFUL sendiri mengatakan bahawa surat itu penuh dengan kesalahan dan sungguh memalukan dan sepatutnya ianya tidak berlaku, ianya masih lagi dalam siasatan EN. SHAIFUL terhadap siapakah yang mengeluarkan surat tersebut..

Mungkin pihak puan Siti boleh menjelaskan kot, dari mana dia mendapatkan surat yang penuh kesalahan dan tidak sah itu. Sebab beliau yang mendapatkannya untuk menjadi bukti dan juga sokongan yang kuat atas AC. Jangan sampai tidak mengaku pula pihak MM yang mendapatkan nya dan menyalahkan orang lain pula atas kesalahan sendiri.. hari ini Allah menunjukkan 1 kebohongan kepada kita. Insya Allah 1 hari nanti kebenaran pasti akan tersingkap jua..

salam sayang dari,
Pelajar TANTA.

Monday, October 18, 2010

isu penafian isma tentang program di mansurah

Ustaz Shuhaib Ar-rumy Selamat   

Saya ingin menafikan penglibatan ISMA cawangan Mesir (ISMA-Mesir) dalam program seperti mana yang dinyatakan di dalam laporan akhbar internet oleh Harakahdaily pada tarikh 17 Oktober 2010 di Mansura, Mesir.

 ISMA-Mesir langsung tidak terlibat dengan program tersebut. Saya turut melahirkan rasa kesal atas penyiaran berita yang tidak bertanggungjawab ini. Saya juga ingin mempersoalkan motif Harakahdaily yang seolah-olah sengaja mengaitkan ISMA dengan parti politik Umno.

Berita tersebut telah menimbulkan prasangka negatif terhadap ISMA-Mesir yang merupakan salah sebuah pertubuhan bukan politik dan berdaftar dengan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah dan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah. Aktiviti dan progam anjuran ISMA-Mesir adalah berorientasikan kecemerlangan akademik dan kebajikan pelajar serta pembinaan syakhsiah.

Oleh itu, saya meminta pihak editorial Harakahdaily untuk membuat pembetulan berita tersebut tanpa mengaitkan nama ISMA secara serta merta dan mengeluarkan kenyataan maaf atas kesalahan yang sepatutnya tidak berlaku ini. Saya berharap agar perkara seperti ini tidak lagi berulang. Semoga etika kewartawanan yang berpaksikan sumber berita yang sahih menjadi amalan kita semua.

Ustaz Shuhaib Ar-rumy Selamat
Pengerusi ISMA-Mesir

sumber : http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29084:isma-mesir-nafi-anjur-taklimat-biasiswa&catid=27:surat-pembaca&Itemid=46

petikan dari berita  HARAKAH DAILY berkenaan majlis peneranagan biasiswa di mansurah.


Taklimat biasiswa jadi majlis kelab Umno
Harakahdaily

MANSURAH (Mesir), 17 Okt: Taklimat biasiswa yang
diadakan oleh Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) di Dewan
Handousa, Kuliah Perubatan, Universiti Mansurah, semalam telah bertukar
menjadi taklimat penerangan mengenai kelab Umno.

Majlis yang berlangung pada pukul 3 hingga 5 petang itu telah
dihadiri oleh kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi kuliah sains kesihatan,
Universiti Mansurah sehingga dewan besar itu melimpah.

Penceramah jemputan yang juga mewakili Jabatan Penuntut Malaysia
Kaherah, Khairy Jalaluddin telah mengedarkan borang kelab Umno yang juga
tertera lambang Umno kepada seluruh hadirin.
“Kalau hendak biasiswa, kamu kena isi borang Umno dulu,” begitulah antara intipati ucapan daripada penceramah jemputan.

Majlis yang sepatutnya banyak membicarakan tentang biasiswa diubah
formatnya kepada lebih membicarakan tentang Umno dan juga ISMA.
Bagi hadirin, majlis itu adalah satu pengkhianatan dan penipuan kepada mahasiswa.

“Kami sepatutnya diberikan taklimat mengenai biasiswa sebaliknya
diperbodohkan dengan taklimat lain,” ujar salah seorang hadirin.
Dalam masa yang sama, majlis itu juga tidak dimaklumkan awal sebaliknya dihebahkan pada hari ia dilangsungkan.

Kesemua mahasiswa dimaklumkan mengenai perkara ini secara
tergesa-gesa dan juga diingatkan untuk membawa salinan keputusan SPM
sebagai langkah untuk mengisi borang biasiswa.

“Adakah pengedaran borang Kelab Umno termasuk dalam tugasan JPMK.
Kalau begitu JPMK sebenarnya telah membawa agenda politik dalam jabatan
mereka dan perkara ini adalah sama sekali salah dalam amanah yang telah
diberikan kepada mereka,” kata seorang pelajar senior Mansurah

Pun begitu, majlis itu tidak diketahui siapakah penganjurnya dan perjalanannya sangat berterabur.

Penceramah jemputan dalam masa sama juga adalah seorang pengerusi majlis dan juga pengedar borang Kelab Umno.
Menurut seorang hadirin lagi, siapa yang menjemput Khairy dan
siapakah yang merancang kehadirannya untuk majlis itu masih tidak
diketahui

ulasan penulis : 

assalamualaikum...

saya terasa terpanggil untuk memberi sedikit respond ataupun ulasan berkenaan isu ini.. kerana dari apa yang saya baca dan faham dari artikel berita yang ditulis oleh wartawan harakah daily.. tiada satu pun perkataan yang mengatakan atau mengisytiharkan bahawa ISMA merupakan penganjur atau terlibat dalam majlis di Mansurah tersebut. Bahkan penulis berita menyatakan bahawa tidak diketahui siapakah yang menganjurkan majlis tersebut.

yang terdpat dalam berita itu hanya mengatakan bahawa ust Khairi Jalaluddin tidak banyak memperkatakan tentang biasiswa malahan lebih banyak mengatakan tentang kelab UMNO dan ISMA. Jadi menurut pemahaman saya, apa yang di sampaikan oleh wartawan harakah ialah berkenaan ucapan dari ustaz Khairi Jalaluddin dan bukan lah mengatakan ISMA sebagai penganjur.

Jadi kesimpulan yang saya boleh nyatakan ialah, ISMA seperti orang yang makan cili kemudian terasa pedasnya sendiri. Kerana walaupun dalam berita tersebut tidak dinyatakan siapa penganjurnya, ISMA seolah2 merasa bahawa wartawan harakah itu menujukan kepadanya, walaupun ianya tidak sedemikian. Jadi bagi saya pengisytiharan ataupun penafian ini tidak perlu sebenarnya kerana wartawan tidak langsung mengaitkan ISMA sebagai penganjur. CUMA isma sahaja yang terasa pedas dek cili yang diberi oleh warwatan.

sekian dari saya PEMERHATI.

wassalam...

Saturday, October 16, 2010

jawapan isu AC di TANTA


assalamualaikum..

 terima kasih kepada ibu ayah student yang begitu mengambil berat tentang anak2 di bumi Tanta ini. Disini saya ingin memberikan penerangan berkaitan tentang isu yang berlaku agar para ibu bapa boleh melihat dari sudut dua belah pihak.

 pertamanya, bumi mesir ini cara pemerintahannya bukan seperti negara kita malaysia, boleh dikatakan ianya seperti dibawah perintah darurat dan penuh dengan peraturan2 kawalan keselamatan yang amat tinggi. Disini setiap laluan masuk dan keluar negeri2 akan dikawal oleh polis. oleh sebab itu setiap perkara perlu ada dalam makluman polis. sebagai contoh satu peristiwa yang pernah berlaku di Tanta, seorang pegawai JPMK yang hadir ke Tanta dengan tiada makluman oleh pihak polis Tanta, maka apabila masuk ke sempadan Tanta polis perasa kereta diplomat bernombor plate hijau masuk, lalu polis terus excort kereta tersebut sehingga smpai ke Tanta, lalu menanyakan beberapa soalan terhadap wakil rombongan tentang mengapa mereka tidak maklumkan kehadiran ke sini. Sebab bagi kerajaan mesir setiap diplomat atau orang asing keselamatan mereka akan dijaga.

 begitu juga dengan program ke gamasah anjuran MM tahun lepas, bila mahu masuk ke kawasan gamasah polis tidak benarkan sebab x ada makluman pada mereka, akhirnya bile berbincang dengan ketua polis baru dibenarkan masuk itu pun ditugaskan 2 org polis untuk menjaga 24 jam tempat penginapan peserta.

 jadi dengan dua kesah ini saya harap para ibu bapa memahami situasi disini tidak sama seperti dinegara kita. Pihak keamanan mesir di Tanta telah menganggap pengerusi DPMT sebagai wakil pelajar diTanta, jadi hal berkenaan pelajar dan rakyat malaysia di tanta akan ditanyakan kepada pengerusi. ini kerana DPMT yang di naungi PMRAM merupakan sebuah NGO berdaftar disini. jadi berkenaan keselamatan rakyat malaysia pihak keamanan tanta sering bertanya kepada pengerusi dan memberikan ketetapan2 yg perlu dipatuhi.

 antara ketetapan yang diberikan ialah, 1) tidak boleh bergaduh dengan warga arab. 2) tidak boleh terlibat dengan politik mesir (terutamanya pembangkang Ikhwanul Muslimin). 3)tidak boleh terlibat dengan apa jua perkumpulan haram atau tunjuk perasaan. 4)hanya masjid2 tertentu sahja yang dibenarkan para pelajar belajar, ini kerana ada sebahagian masjid yang dikuasai pembangkang. 5) hanya perlu 1 sahaja markaz @ tempat berkumpul bagi pelajar malaysia untuk tujuan pantauan pihak keamanan. ini adalah ketetapan dari pehak keselamatan di tanta.

 jadi wajar apabila idea pembukaan centre ini dikeluarkan ada wakil DPMT yg datang berbincang dengan umi, sebagai satu jalan untuk menjaga keselamatan disini. bukan condem atau marah, kan cume datang berbincang. kemudian bila ditubuhkan juga AC ini, bila pihak keselamatan tahu, maka mereka ingin berjumpa dengan puan siti serta pengurus MM,untuk mengetahui apa tujuan pembinaannya. namun pihak puan siti menutup telefon dan tidak menjawab panggilan serta tidak membalas mesej yang disampaikan oleh pihak DPMT yang mahu menyelesaikan isu ini.. Puan siti memilih untuk mendiamkan diri. kan adalah lebih baik puan siti berjumpa dengan pihak keamanan tanta dan terangkan sebagaimana yg diterangkan dalam post kali ini. itu cara yang betul.

bila puan siti memilih untuk mendiamkan diri, jadi pihak keamanan menekan pengerusi DPMT kerana tidak dapat jawapan berkenaan status AC ini, dengan sebab itu lahirnye isu ini yang mungkin pihak ibu bapa menganggap DPMT ini orang yang berfikiran negatif, tidak berlapang dada dan mengajak permusuhan kepada MM. itu satu tanggapan yg salah dan perlu saya betulkan. andai kata puan siti memilih untuk beri kerjasama dari awal lagi, insya Allah masalah ini sudah selesai.

 pihak DPMT dan PCT, tidak pernah memusuhi MM, bahkan awal kedatangan ejen MM ke bumi Tanta ini DPMT dan PCT lah yg banyak membantu, dari sudut perumahan,pendidikan dan kebajikan pelajar. namun apabila pelajar MM semakin ramai, mungkin jasa DPMT dan PCT sudah tidak diperlukan lagi, maka kata2 negatif lah yg dilemparkan kepada mereka. amat baik sekali tindakan itu.

 akhir sekali saya berharap, agar pihak ibu bapa, jangan pandang serong kepada persatuan ini, kerana persatuan ini lah yang beri bantuan sebanyak2nya kepada ejen MM sewaktu awal bertapak disni. malah sehingga kini pehak persatuan masih menghulurkan bantuan. isu ini berkaitan isu keselamatan. kalau tidak, tidak akan ditimbulkan dan dibesarkan. andai pihak keselamatan datang menyerbu AC ketika mana program berlangsung. adakah pihak ibu bapa mahu anak2 ibu bapa sekalian menjadi susah???? oleh itu jalan sebaiknya, puan siti berjumpa dengan pihak keselematan tanta dan terangkan tujuan pembinaan AC ini. insya Allah masalah ini selesai..

 salam sayang dari saya..
 pelajar TANTA