Wednesday, October 20, 2010

isu surat sokongan JPMK terhadap AC

Kenyataan Rasmi Pengeusi DPMT Mengenai Isu Surat Rasmi JPMK kepada Medic Mesir

DPMT, 20 Oktober 2010 - Assalamualaikum... Makluman kepada seluruh warga Tanta yang dirahmati Allah S.W.T hendaknya. Pihak DPMT dengan penuh rasa bertanggungjawab ingin menyentuh mengenai isu surat yang dikeluarkan oleh pihak JPMK kepada Agen Medic Mesir iaitu surat sokongan dan kebenaran menubuhkan Academic Centre ( AC) di Tanta yang tersiar di tantamedicmesir.blogspot.com.
Rentetan daripada surat yang dikeluarkan itu, kami menyedari terdapat beberapa kesalahan dan keraguan yang boleh dipertikaikan mengenai surat yang telah dikeluarkan oleh pihak JPMK kepada pihak Agen Medic Mesir itu.

Dengan ini, saya MOHD SULAIMAN BIN ISMAIL selaku Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) bersama saudara AZHAN BIN HAMDAN selaku Pengerusi Perubatan cawangan Tanta (PCT) telah mengadakan perjumpaan secara rasmi dengan Encik Shaiful Anuar Bin Mohammad yang merupakan Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) di pejabatnya untuk mendapat penjelasan mengenai kesahihan surat tersebut.

Semasa perjumpaan, saya telah mengemukakan contoh surat yang dikeluarkan oleh pihak JPMK kepada Agen Medic Mesir ini. Hasil penilitiannya, beliau menyatakan bahawa tidak tahu menahu langsung mengenai surat yang dikeluarkan itu. Ujarnya lagi, beliau begitu musykil dengan kesahihan pengeluaran surat tersebut dan akan mendapatkan kepastian dan maklum balas dari pihak JPMK sendiri.

Antara yang kami utarakan dalam pertemuan tersebut,kami menyatakan terdapat beberapa kesalahan dalam surat yang dikeluarkan oleh pihak JPMK. Antaranya, surat tersebut tiada nombor rujukan rasmi, kesalahan tatabahasa dan tandatangan yang tidak bernama akan tetapi menggunakan kepala surat rasmi JPMK sepenuhnya.
Justeru, seharusnya tidak berlaku sama sekali kesalahan tersebut kerana ianya menyalahi protokol surat rasmi jabatan kerajaan dan boleh menimbulkan keraguan terhadap ketelusan dan integriti JPMK ini.

Dengan bukti yang ditimbulkan ini, surat ini dikira tidak sah dan tidak boleh dijadikan sokongan kepada agen Medic Mesir sama sekali kerana terdapat banyak keraguan dan ketidaksahihannya.

Saya berharap dengan kenyataan ini, seluruh ahli di Tanta dari kalangan Pengajian Islam dan Perubatan jelas mengenai status surat ini yang telah dikeluarkan secara rasmi oleh JPMK.

Sekian, terima kasih.

Oleh,
MOHD SULAIMAN BIN ISMAIL,
Pengerusi,
Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta
Sesi 2010

 sumber : http://edpmt.org/v03/modules.php?name=News&file=article&sid=364

 Ulasan dan Tambahan :

   sedikit tambahan dari saya.. persoalan yang timbul di benak fikiran saya apabila kenyataan ini dikluarkan ialah :

 Dalam blog tantamedicmesir.blogspot.com pihak MM ada membuat posting yang bertajuk " Penjelasan 'Academic Centre' MM Tanta. di akhir penjelasan ada disertakan S/K : kepada beberapa orang2 penting, antaranya ialah kepada EN. Shaiful Anuar B Hj Muhammad. selaku kuasa usaha sementara Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK). sekiranya penjelasan tersebut telah di berikan salinan kepada KBMK, mengapa ye?? apabila ditunjuk kan surat itu, EN. SHAIFUL mengatakan ia tidak tahu sama sekali berkenaan surat tersebut. Padahal saudara Sulaiman dan Azhan pergi setelah 4 hari posting itu dibuat oleh puan siti. ???? persoalan yang penuh tanda tanya.. adakah S/K (salinan kepada) itu hanya sebuah penipuan untuk mengelabui mata para pembaca dan juga bertujuan ingin mengguatkan lagi hujah puan siti?? kalau lah ianya satu penipuan, kerana tidak sampai kepada pihak yang dimaksudkan.. berapa ramaikah yang sudah tertipu dengan helah tersebut???

 Bagaimana pula tentang salinan kepada : 1) Y.B. Senator Mejar Jeneral (B) Dato' Jamil Khir Bin Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri 2) Dato' Ir Dr Radin Umar Radin Sohadi Ketua Pengarah, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Agak2 sampai tidak ye kepada mereka ini??? boleh buat edisi siasat ni.. kalau ada sesiapa yang boleh contact mereka ini untuk kepastian bagus juga.. :)


antara lain juga, EN. SHAIFUL sendiri mengatakan bahawa surat itu penuh dengan kesalahan dan sungguh memalukan dan sepatutnya ianya tidak berlaku, ianya masih lagi dalam siasatan EN. SHAIFUL terhadap siapakah yang mengeluarkan surat tersebut..

Mungkin pihak puan Siti boleh menjelaskan kot, dari mana dia mendapatkan surat yang penuh kesalahan dan tidak sah itu. Sebab beliau yang mendapatkannya untuk menjadi bukti dan juga sokongan yang kuat atas AC. Jangan sampai tidak mengaku pula pihak MM yang mendapatkan nya dan menyalahkan orang lain pula atas kesalahan sendiri.. hari ini Allah menunjukkan 1 kebohongan kepada kita. Insya Allah 1 hari nanti kebenaran pasti akan tersingkap jua..

salam sayang dari,
Pelajar TANTA.

No comments:

Post a Comment